Susah Nak Bayar Duit Member

Aku nak cerita sikit. Aku ni dari sekolah. Suka betul bagi kawan pinjam duit, belanja kawan makan. Dulu aku ada kawan rapat, dia aku tengok tak tahu la nak kata miskin tak, kaya tak. Sama la macam aku dulu. Tapi aku suka belanja dia. Sebab dia member baik aku walaupun aku pon tak kaya. 

Bila benda macam ni jadi, ni benda bagus ke tak? Ni semua depends dekat korang punya ” action and reaction ” korang sendiri. Aku masa tu walaupun belanja kawan baik aku. Tapi dia sorang je yang selalu aku belanja. Then waktu tu aku pulak tak suka makan nasi lemak dekat sekolah rendah sebab pedas. Aku tak boleh makan pedas. Makan sikit habislah basah kuyup aku rasa. 

Aku waktu tu suka makan buah-buahan. Minum air lepastu ada ice tu aku buat main tembak-tembak orang time waktu rehat. Best kau tahu tak? Ke korang noob lagi tak main benda tu dulu haha.

Waktu sekolah menengah pulak aku tak banyak bagi orang pinjam duit. 

Waktu Univerisiti ni la, aku suka bagi orang pinjam duit. Aku ada side income and business aku. Aku ada je duit tapi tu aku nk rolling dan buat simpanan. So ada kawan nak pinjam duit. Memang waktu tu aku macam “okay kau nak pinjam berapa?” Aku waktu tu lagi-lagi kawan kau yang baik dengan kau tapi kau tak rapat sangat tak kenal dia lebih dari setahun dua.

Okay contoh. Kawan kau ni dia baik, alim. Tapi kau tak tahu background family dia sangat and dia punya commitment sebenar. So salah aku memang dekat sini ! Aku sepatutnya sebelum nak bagi pinjam duit apa-apa. Kene siasat dulu, get agreement between us walaupun tak black and white. Lagi bagus ada agreement black and white. Kalau ada template yang simple untuk agreement ni aku attach file dia okay ? 

Kau bayangkan la. Peminjam ni sebelum nak pinjam, nak duit urgent. Bila nak bayar pulak tak urgent macam dulu. Kalau korang marah tak? 

Siapa tak marah kecuali korang kaya nak mampos anak Dato yang dimanjakan tapi hati baik tapi tak pandai ! 

 

Sebab apa aku cakap macam tu ? Sebab orang pandai dan kaya dia tahu nak take action apa untuk orang yang susah nak bayar duit on time ni and paling penting tahu nak deal and make agreement macam mana walaupun kawan baik ke apa nak pinjam.

Macam aku sekarang ni, ada kawan aku pinjam RM 300 hampir 2 tahun menangguh. Ada RM 3000 lebih tapi baru bayar berapa je. Aku sebenarnya paling tak suka peminjam ni bila orang message tak nak reply. Tapi Facebook, Instagram like komen sana sini. Aku nak tanya satu je dekat orang macam ni, korang tak malu ke buat macam tu? Takde maruah ke? Kawan korang kot kenapa korang perlu buat macam tu ?

Aku kadang-kadang ceramah dekat dorang dengan kias yang lembut sebagai kawan baik. Tapi sampai bila nak macam tu kalau korang yang taknak ambik action untuk bayar. Ada duit pergi beli benda lain, tak prioritize hutang member.

Kepada PEMINJAM DUIT KAWAN. Silakan la bila ada duit, selepas tolak commitment seperti duit kereta,rumah yang betul-betul penting. Korang kene bayar hutang member terus. Macam aku, aku ada 3 rules dalam prinsip menghutang ni

  1. Aku biasakan diri dengan bagi tahu orang yang aku pinjam, suruh dia selalu ingatkan aku, then aku memang catit hutang yang aku pinjam.
  2. Mesti INFORM kepada tuan pemberi hutang kalau nak bayar lambat  
  3. Dapat gaji atau side income,asingkan terus duit yang kita pinjam dan bayar ASAP.

Senang je nak follow benda ni. Korang pulak berusaha keras la nak cari duit. Dah tahu pinjam. Reti la nak bayar, COMMON SENSE la bro !

Nanti aku cerita macam mana nak deal dengan member macam ni supaya korang tak bergaduh sampai putus kawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s